Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Wednesday
My Hard Work Has Paid Off

Seperti rakan seperjuangan yang lain.. Aku juga tidak ketinggalan untuk merasakan perasaan gementar, takut dan risau... Pada 12 Ogos 2014, aku dengan hati yang redha, menunggu keputusan kemasukan ke IPTA. Aku tidak mengharapkan untuk diterima dalam mana-mana research universities kerana aku tahu persaingan adalah sangat sengit untuk mendapat tempat di universiti tersebut seperti Universiti Malaya , Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebulan sebelum tarikh keramat itu, aku telah menghitung hari. Tidak sabarnya untuk mengetahui keputusan yang bakal aku terima. Doa telah ku pohon maka aku hanya mampu untuk bertawakal..


Tepat pada jam 12 tengahari, aku terus mencapai telefon bimbit aku untuk memeriksa keputusan yang bakal aku terima. Namun, akibat daripada kesesakan di line UPU, aku harus meredakan hati yang gundah gulana. Aku terus menaip alamat UPU dan sertakan informasi yang betul. Pada ketika itu, line turut lambat tetapi aku tetap bersabar... 2 minit kemudian, aku melihat nama aku terpampang di laman web tersebut...

TAHNIAH
Anda ditawarkan untuk mengikuti program pengajian Universiti Malaya seperti berikut:
Program:SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
Sesi:2014/2015

Aku berasa tidak percaya kerana aku berjaya mendapat tempat untuk menuntut ilmu di UNIVERSITI MALAYA. Bila aku terkenangkan perjalanan aku dan bapa aku ke Kuching pada 3 bulan yang lalu, aku berasa kagum dengan kepayahan bapa aku. Bapa aku sanggup meredah hujan untuk menghantar aku ke Merdeka Palace Hotel walaupun umurnya agak berusia. Segala penat lelah...segala pengorbanannya kini berbaloi ! Sebenarnya, aku telah ditawarkan untuk ditemuduga di dua universiti termuka iaitu UM dan UKM. Namun, ekoran daripada kesuntukan masa, aku hanya mengikuti temuduga di UM kerana aku perlu mengejar waktu ke lapangan terbang. Jujur aku katakan, tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk menuntut ilmu di UM kerana berbekalkan keputusan SPM aku yang hanya 2A lah, aku harus kuburkan niatku. Walaupun begitu, aku terus berusaha sepanjang 2 tahun melayari kehidupan sebagai seorang pelajar STPM. Dengan izin Tuhan, aku mendapat keputusan yang baik. 

Untuk pengetahuan, aku bukanlah pelajar yang bijak tetapi dengan berbekalkan semangat seorang pahlawan, aku tidak pernah mengalah walaupun pelbagai onak dan duri yang terpaksa aku hadapi. Pernah sekali, seorang rakan sekelas aku bertanya, "macam mana kamu belajar?" "apa yang kamu makan?" dan pelbagai soalan diajukan mereka kepada aku. Sebenarnya, aku tidak mempunyai "senjata rahsia" namun, dengan semangat aku yang tidak pernah mengalah, aku tetap berjuang sehingga nyawa aku diambil. Bak kata Rentap "Agi Idup Agi Ngelaban". Untuk berjaya, kita perlu mempunyai sedikit sifat seorang "warrior" iaitu tidak cepat mengalah. Jangan berputus asa kerana mungkin dengan sedikit usaha lagi, kamu bakal mendapat apa yang kamu inginkan. Aku juga sentiasa mengingatkan diriku tentang itu..


Di sinilah tempat untuk aku menuntut ilmu dan pengalaman pada bulan depan. Akan aku kenang jasa kedua-dua ibu bapa aku yang telah penat lelah mencari wang agar aku dapat menikmati zaman universiti. Tidak akan aku sia-siakan peluang ini. Akan aku manfaatkan sepenuhnya segala ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar. Moga segala proses sebelum pendaftaran ke universiti berjalan dengan lancar. UM, mu tunggu aku datang !




0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.