Wednesday

Mukadimah:
Sekian lama tidak meng-update blog (padahal baru dua minggu jer tak update), di sini saya ingin kongsikan perjalanan hidup saya sepanjang bergelar pelajar tingkatan enam. Untuk entry yang "special" ini saya bahasakan diri saya sebagai "aku".
Perjalanan aku...
Aku masih ingat lagi... Pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah setelah sekian lama aku tidak ke sekolah selepas tamatnya SPM (amboii ayat..). Pada 8 Mei 2012, pada pagi itu aku telah bersiap hendak ke sekolah untuk memulakan hidup sebagai pelajar sekolah sekali lagi... Pada pukul 6 pagi aku telah bertolak ke sekolah. Pada waktu itu, agak ramai juga pelajar yang berdaftar (rasa-rasanya lebih ramai daripada tahun lepas, almaklumlah tahun ini kami dijadikan "tikus makmal". Kenapa? Sat lagi aku cerita). Lebih kurang seminggu kami menjalani aktiviti orientasi.
First day of learning pun tiba... Okay, disebabkan kami pelajar tingkatan enam maka, kami diberikan "layanan yang agak special" dalam aspek kedudukan kelas. Maksud aku, tingkatan enam mempunyai blok tersendiri dan blok kami jauh nun di sana. Bak kata orang, jauh di teluk dunia. Blok kami berjiran jer dengan blok asrama lelaki. Memandangkan blok kami berdekatan maka, permandangan kami juga agak tercemar. Maksud? Biarlah rahsia. Back to the topic, sebelum hari pertama belajar di kelas, kami telah didedahkan dengan pelbagai input yang berguna termasuklah kami diberikan gambaran tentang format baharu STPM. Mungkin tak ramai yang tahu sebab tak nak ambil tahu, format STPM telah berubah sejak tahun 2012. Pembelajaran STPM telah bertukar daripada sistem terminal kepada sistem semester. Setiap semester lebih kurang selama 5 bulan lebih. Ada 3 semester kesemuanya. Lepas guru sok sek sok sek pasal format STPM baharu, kami pun mula belajar pada minggu seterusnya...
Masa nak naik kelas, ramai giler student STPM tunggu depan tangga termasuklah aku, kami dah macam budak yang tengah tunggu penjual aiskrim. Aku masih ingat lagi waktu guru yang in-charged form 6 tengah buka grill, kami tolak cikgu tu gara-gara berebutkan tempat duduk.. Sejak first day lagi, guru tingkatan dah bagi warning, kami tak boleh bercinta (aku langsung tak peduli dan aku langgar arahan beliau itu)
*skip di bahagian tak penting*
Semester 1
First semester kurang sedikit sahaja tekanan sebab assignments banyak dibuat masa dalam semester dua dan tiga. Jadi kami pun sambil lewa sahaja melalui hari-hari sekolah. Memandangkan first semester dikira sesi pengenalan buat kami untuk mengerti tentang dunia STPM maka, markah trial aku kurang memuaskan. Okay, itulah antara sebab guru tingkatan aku complain tentang aku sampai call mak bapak aku bagai konon sebab aku bercinta menyebabkan result aku teruk. Pointer yang aku dapat hanyalah 2.5 something. I was like @#455%^$ Hanya kerana itu dia judge aku. Untuk jenis orang yang macam aku ini, prestasi aku kurang masa mula-mula sesi kenal mengenal dengan sesuatu yang baharu bagi aku. So, janganlah letak harapan yang tinggi sangat terhadap aku !!!!!! Hehh geram aku. Gara-gara guru inilah hidup aku sepanjang form 6 penuh dengan onak duri. Okay, at the end of semester, aku belajar betul², kasi kaw kaw result aku and aku berjaya buktikan kepada beliau dengan berjaya mendapat pointer 3 ke atas sewaktu semester pertama. Semua itu takkan berlaku tanpa doa dan pertolongan Tuhan.
Di sini aku ingin mengambil kesempatan menasihati kalian dan aku sendiri juga, " Hanya kerana kita lebih tua, tidak bermakna kita boleh bertindak sesuka hati. Masa depan seseorang itu Tuhan yang tentukan bukannya kita. Jangan samakan perjalanan hidup kita dengan orang lain. Mungkin awak bercinta dulu terkandas tapi orang lain mungkin tidak". Pada pendapat aku secara peribadi dan pengalaman, bercinta sewaktu zaman study sebenarnya boleh, tak ada masalah. Cuma ada satu syarat, korang kena belajar untuk seimbangkan antara belajar dengan bercinta. Sejak zaman sekolah lagi lah korang belajar, nanti masa univeristi terkial-kial. Bak kata pepatah Melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya", ye dok?
Semester 2
Semester kedua pula merupakan semester menjalankan assignment untuk dua subjek iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Untuk assignment Sejarah buat aku geram banyak (biasanya kita dengar perkataan sikit, kali ni aku buat kelainan, geram banyak). Sebab ? Tajuk assignment aku direject lebih daripada 5 kali. Ada sekali tu aku dah nak habis buat assignment pasal mengkaji budaya India siap dah interview bagai dengan seorang cikgu berbangsa India, lepas tu cikgu itu kononnya kata pihak "sana" takut tak nak terima. Yahhh...waktu tu aku rasa macam nak menjerit jak.. Dah pertengahan jalan kot.. baru nak bagitahu. Deep inside my heart, aku rasa cikgu ni nak sabotage aku. Lantaklah. Yang penting, aku sekarang bebas !
*Ignore the unimportant things*
Last² aku buat pasal pakaian orang India. Masa presentation tu, akulah orang pertama dan aku bawa mai baju punjabi aku.. Okay, done with that. Kita beralih pula kepada PA. Pada mulanya, aku rasa assignment untuk subjek ni lebih berat berbanding subjek Sejarah tapi sangkaan aku kurang tepat. Rupa-rupanya, jauh lebih senang walaupun aku terpaksa menebalkan muka untuk tanya kebenaran melakukan kajian kepada wakil pengurus di Restoran KFC pada waktu itu. Syukurlah guru PA aku baik. Sambil menjalankan kajian sambil berdating ngan cik abang. Presentation untuk PA berjalan dengan lancar. Syukur. Okay, memandangkan semester satu aku dah dapat pointer 3 ke atas maka, untuk semester kali ini, aku kena baiki pointer aku, maksud aku, aku kena up-kan lagi pointer aku. Salah satu sebabnya aku tak nak orang lain ambil alasan pointer aku drop gara² aku bercinta. Macamlah mereka tak pernah bercinta. Selepas assignments kedua-dua ini siap, aku concentrate balik kepada pembelajaran aku. Bagi aku, pembelajaran semester kedua lebih senang berbanding semester 3. Dan seperti semester 1, aku berjaya mencapai sasaran aku iaitu aku dapat pointer yang lebih baik daripada sebelum ini. Syukur... Semua itu atas pertolongan Tuhan juga...
Semester 3
Semester 3 pula tiba. Semester inilah yang dinanti-nantikan oleh aku. Aku masih ingat lagi masa aku di semester yang pertama, aku hitung hari sehinggalah tarikh ujian STPM yang terakhir (one done, two left). Semester 3 kononnya semester yang menentukan segala-galanya. Actually, ketiga-tiga semester yang menentukan pointer kita. So, kena buat yang terbaiklah untuk ketiga-tiga semester. Semester ketiga paling stres sebab ? Biarlah rahsia. Assignment PP yang menggunung ditambah pula dengan assignment BM yang aku rasa aku boleh buat sendiri. Assignment PP ini kita pergi ke kawasan kajian secara berkumpulan tetapi buat secara individu. Aku tak tahulah sekolah korang acano tetapi cara sekolah kami macam ini lah. Aku tak naklah mengeluh sebab assignment PP aku selalu balik lewat petang tapi sejujurnya sampai sekarang aku tak faham konsep assignment PP. Okay, nasib baiklah aku dapat bentang assignment aku dan akhirnya beliau beri aku A.
Kita beralih pula kepada assignment BM. Assignment ini dibuat secara berkumpulan tetapi sebenarnya macam boleh dibuat secara individu kot. Aku dan seorang classmate aku yang seorang yang berhempas pulas buat assignment (setiap kumpulan ada 4 hingga 5 orang). Secara positifnya, aku yang dapat manfaat walaupun ada antara mereka yang dapat markah free. Sekurang-kurang aku dapat melatih diri aku untuk buat assignment di universiti nanti. Assignment BM dapat dilaksanakan dengan baik walaupun ada cacat cela. But nevermind, I've moved on from this bitterness. Oh ya, lupa nak kasi tahu. Di semester ketiga jugalah aku melalui Malaysian University English Test (MUET). Gugup tak payah cakap lah especially tang speaking session tu. Aku main redah jer beb sepanjang speaking tu. Untuk adik² yang tak tahu, MUET ada empat bahagian iaitu Listening, Reading, Writing & Speaking. Aku paling takut writing untuk bahagian B. Ya laa, sebab bahasa aku biasa² jer. Di sini aku nak kongsi tips untuk listening. Sebelum hari ujian listening, sila rajinkan diri untuk korek mengorek sisa dalam telinga. Pendengaran yang jelas amat diperlukan di sini ye ! Practice itu wajib. Bak kata orang Kapit "Practice makes perfect!" And yes, it's true. Tunggu punya tunggu result, bulan Oktober pun tiba dan keputusan pun diumumkan. Aku berpendapat korang tak perlulah tahu pasal result aku. Berdasarkan ayat bahasa Inggeris aku pun korang boleh tahu, kan? Hari berganti hari, maka hari peperiksaan STPM pun tiba.....
Tahun 2014
Setelah 3 bulan lebih menunggu, akhirnya keputusan STPM untuk penggal ketiga telah dikeluarkan dan syukur sekali lagi, atas berkat doa ibu bapa dan usaha, pointer aku semakin meningkat dan mencapai lebih 3.50. Sebulan kemudian pula keputusan STPM yang sebenar diumumkan dan sekali lagi aku bersyukur kerana pointer saya melepasi pointer 3.50. Aku bersyukur dan berterima kasih sebab aku berjaya mengharungi segala dugaan sepanjang aku bergelar pelajar tingkatan enam. Bukan mudah untuk aku meneruskan hidup aku dan aku serius bila aku katakan tentang perkara ini. Pernah sekali pada penghujung tahun 2012, aku hampir menerima tawaran scholarship (kononnya) ke Linton University tapi Tuhan maha mengetahui, Dia tutupkan hati bapa aku untuk membenarkan aku belajar di sana walaupun bapa aku rugi RM500 selepas bayar duit kemasukan ke universiti itu. Dan aku pula tidak berasa menyesal walau setitik darah pun setelah menolak tawaran itu. Walaupun aku tidak mendapat pointer 4.00 namun, aku berbangga kerna aku banyak belajar untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan. Aku akui aku banyak buat silap tetapi aku berjanji dengan diri aku sendiri bahawasanya aku takkan ulang kesilapan yang sama. Sekarang, aku tengah tunggu result kemasukan ke universiti dan aku berharap agar Tuhan memberikan aku kesempatan untuk belajar di universiti.
Aku nak beri nasihat kepada adik² yang bakal pelajar STPM,
Walau macam mana susah sekalipun rintangan yang kita hadapi, kita kena kuat, kita kena lawan. Sewaktu di tingkatan enam, aku telah menyertai dalam pertandingan pidato . Korang nak tahu, sejak kecil lagi aku mempunyai masalah "stage fright". Aku dulu seorang yang pemalu. Aku dulu seorang yang tidak pandai bergaul dengan orang. Aku dulu takut bercakap dengan orang even minta kapur daripada cikgu di kelas sebelah pun aku rasa beban yang aku tanggung berat sangat. Dan aku berjaya mengatasi ketakutan aku. At least sekali kita akan diuji untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita, maksud aku, kita perlu membawa diri kita keluar daripada takuk lama. Dengan izin Tuhan, kita akan menjadi seperti rama-rama, yang terbang bebas setelah berhempas pulas, bersusah payah menghadapi ujian daripadaNya. Pendek kata, KITA LAWAN. Dalam kamus Iban, kami akan menyebut, "AGI IDUP AGI NGELABAN". Ayuh kita berpegang kepada prinsip itu !
Sekian sahaja daripada aku... Seandainya ada terkasar bahasa, saya hulurkan sepuluh jari memohon maaf dan tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin !

0 kitkat (s)