Thursday

Mukadimah : Sebelum ini, saya telah berjanji dengan diri saya sendiri bahawasanya saya akan berkongsi beberapa tips yang mungkin berguna buat semua yang bakal mengambil lesen kereta iaitu lesen D. Tapi, sebelum itu, saya ingin memohon maaf seandainya tips yang bakal saya kongsikan akan mengelirukan korang semua memandangkan cara setiap tutor dilihat berbeza cara ajarannya. Di Akademi Memandu Budiman, mereka tidak menggunakan palang kecuali di bahagian naik bukit sahaja. Berikut merupakan tips yang diajar oleh tutor saya :
Naik Bukit
- Sebelum korang naik bukit, pastikan korang tekan minyak , tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Okay, sekiranya korang tekan minyak sehingga kereta yang dipandu agak laju, susah untuk korang berhenti di garisan kuning. Jika sebaliknya pula, kereta yang dipandu akan termati enjin sebab tak cukup kuasa untuk naik bukit. Oleh itu, pastikan korang tekan minyak dengan kelajuan yang bersesuaian.
- Bila palang pertama hampir selari dengan cermin sisi kiri atau kanan (bergantung kepada lane yang korang guna,kalau lane kiri, lihat di cermin sisi kiri, sama juga sebaliknya, sekiranya lane kanan lihat cermin sisi sebelah kanan) cepat-cepat tekan clutch dan brake pedal. Sebab itulah kelajuan minyak sangat penting sebab kalau kereta terlampau laju, susah untuk kawal clutch dan brake apabila hendak memberhentikan kenderaan.
- Kemudian, selepas berjaya berhentikan kenderaan, angkat handbrake. Lepas itu, cuba untuk lepaskan brake. Seandainya kereta berundur, cepat-cepat angkat handbrake sekali lagi.
- Pandang keluar cermin kereta. Sekiranya tayar menyentuh garisan kuning (50%-100%), angkat tangan. Jika tidak, korang boleh undur sekali lagi dan bermula dari langkah pertama.
- Tekan minyak sehingga meter 2.5. Angkat clutch perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi gegaran. Tekan minyak sekali lagi, angkat clutch sehingga kereta terasa maju ke hadapan. Turunkan handbrake dan tahan sehingga kereta menuruni bukit. Lepaskan clutch dan minyak, letakkan kaki di brek.
Conclusion : Tekan minyak. Apabila cermin sisi hampir selari dengan palang, tekan clutch dan brake. Angkat handbrake. Lepaskan brake. Lihat sama ada tayar menyentuh garisan kuning, jika ya, angkat tangan. Tekan minyak sampai 2.5, angkat clutch perlahan-lahan sampai kereta bergegar. Tekan minyak sekali lagi sehingga 2.5. Angkat clutch sekali lagi sehingga kereta maju ke hadapan. Turunkan handbrake. Tahan clutch dan minyak. Apabila kereta menuruni bukit, lepaskan clutch dan minyak, kaki di brake.
Side Parking
- Apabila menuju ke kawasan side parking, pastikan pusing stereng ke kiri sedikit sahaja. Jangan terlalu ke kanan sebab nanti susah nak masuk kotak. Untuk berhenti, tekan clutch dan brake. Berhenti sebelum garisan putih.
- Tukarkan gear 1 ke gear reverse. Lepaskan brake dan angkat clutch perlahan-lahan sehingga garisan kuning selari dengan bahu. Sebelum hampir selari dengan bahu, tekan clutch. Apabila terlalu hampir selari dengan bahu, tekan brake perlahan-lahan.
- Pusingkan stereng ke kiri habis. Lepaskan brake dan angkat clutch perlahan-lahan. Lihat ke arah cermin sisi sebelah kanan. Apabila garisan kuning kelihatan, tekan clutch dan brake. Jangan terlalu laju sebab garisan kuning perlu hampir selari dengan bahagian belakang kereta yang korang pandu. Sekiranya tidak, kereta korang akan terkeluar daripada garisan putih walaupun berjaya masuk dalam kotak parking.
- Selepas tekan clutch dan brake, pusing stereng ke kanan habis. Lepaskan brake dan angkat clutch perlahan-lahan, jangan terlalu laju. Lihat ke arah keluar. Pastikan tayar masuk dalam kotak parking.
- Bila dah masuk parking, tekan clutch dan brake. Angkat tangan.
- Kemudian, tukar gear reverse kepada gear 1 sebab kita nak keluar dari kotak parking. Stereng masih ke kanan habis. Lepaskan brake dan angkat clutch perlahan-lahan. Lihat ke arah cermin sisi kanan, jika garisan kuning kelihatan, cepat-cepat tekan clutch dan brake.
- Pusing stereng ke kiri habis. Lepaskan brake dan angkat clutch perlahan-lahan. Lepas itu, pandai-pandailah adjust stereng.
Conclusion : Tekan clutch dan brake. Gear 1 kepada gear reverse. Angkat brake dan lepaskan clutch. Undur sampai garisan kuning selaras dengan bahu. Tekan clutch dan brake. Pusing stereng ke kiri habis. Angkat brake dan lepaskan clutch. Lihat cermin sisi kanan. Garisan kuning kelihatan, tekan clutch dan brake. Pusing stereng ke kanan habis. Angkat brake, lepaskan clutch. Kereta masuk kotak, angkat tangan. Gear reverse kepada gear 1. Angkat brake dan clutch. Garisan kuning kelihatan. Tekan clutch dan brake. Pusing stereng ke kiri habis. Angkat brake dan clutch. Jalan.
3 Penjuru
- Sebelum ke kawasan 3 penjuru, pergi ke lane sebelah kanan. Sebab? Untuk memudahkan korang membelok ke kiri.
- Sebelum belok ke kiri, tekan clutch supaya kenderaan tidak terlalu laju.
- Pastikan kereta ke condong ke kiri sedikit.
- Apabila garisan kuning selari dengan bahu, pusing stereng ke kanan habis. Sekiranya kereta terlalu perlahan atau seperti tidak bergerak, angkat sedikit sahaja clutch. Sedikit sahaja. Sekiranya kereta bergegar, cepat-cepat tekan clutch sebab di bahagian 3 penjuru, kereta tidak boleh termati enjin nanti dikira GAGAL.
- Tekan clutch dan brake.
- Gear 1 kepada gear reverse. Adalah digalakkan tukar gear dahulu sebelum pusing stereng untuk mengelakkan lupa tukar gear (bergantung kepada setiap individu).
- Pusing stereng ke kiri habis. Lepaskan brake dan clutch perlahan-lahan. Undur sehingga kereta dalam keadaan lurus.
- Tekan clutch dan brake. Gear reverse kepada gear 1.
- Pusing stereng ke kanan sebanyak 2 kali.
- Angkat brake dan clutch perlahan-lahan. Jalan.
Conclusion : Masuk lane kanan. Pusingkan stereng ke kiri. Garisan kuning selari dengan bahu, pusing stereng ke kanan. Tekan clutch dan brake. Pusing stereng ke kiri habis. Gear 1 kepada gear reverse. Lepaskan brake dan clutch perlahan-lahan. Undur sehingga kereta dalam keadaan lurus. Tekan clutch dan brake. Gear reverse kepada gear 1. Pusing stereng ke kanan 2 kali. Angkat brake dan clutch perlahan-lahan. Jalan.
Mesti korang rasa pening baca tips yang saya jelaskan di atas. Maaf seandainya terdapat beberapa tips yang kurang sama. Maklumlah tutor kita pun berlainan. Saya mengesyorkan agar korang dengarlah nasihat dan tips yang tutor korang dah ajar. Saya sekadar ingin berkongsi sahaja. Sekiranya ada yang sama, syukur. Sekiranya tidak, maaf. Korang nak tahu, sepanjang saya masih belajar memandu sebelum ini saya selalu "practice" dalam tandas tentang tips yang telah tutor saya ajar untuk elak daripada lupa. Saya akan ulang tips tersebut jika saya rasa saya patut ulang. Okay, itu sahaja daripada saya untuk post kali ini. Hastalavista....

0 kitkat (s)