Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Wednesday
Pengalaman Ujian Memandu Part 2

Mukadimah : 
Pada tanggal 21 Julai 2014, dengan rasminya saya datang untuk sesi ujian memandu pada kali yang kedua. Maklumlah saya ni terlampau suka sangat bawa kereta sampai kereta terlajak langgar bahu jalan.. Haa ko ado ? Mesti korang tertanya-tanya, akademi memandu yang mana satu tempat saya belajar memandu. Tempat saya belajar memandu adalah di Akademi Memandu Budiman. Di Bintulu. terdapat dua akademi memandu. Akademi yang satu lagi itu dikhabarkan, dengar cerita, lebih murah yurannya berbanding akademi yang saya pergi ini. Tutor yang mengajar saya merupakan antara lecturer di akademi memandu tersebut. Orangnya masih muda tetapi bila dah kena marah itu memang meletop jugalah hati ini...

Okay, back to the story, pada ujian kali ini, sesi ujian saya bermula lebih awal sebelum ini iaitu pada pukul 7.30 pagi. Pada hari sebelum ujian memandu, perasaan gementar itu memang dapat dirasai lagi. Saya memang tak pernah berputus-putus berdoa sebab ada tiga kesan seandainya saya gagal ujian memandu buat kali kedua iaitu ;

1. Tak dapat lesen sebelum umur 20 tahun. Hari jadi saya adalah pada tanggal 25/7, jadi kiranya kalau lulus itu boleh dijadikan hadiah yang paling berharga untuk saya.

2: Kalau saya fail, habislah saya kena maki kaw kaw oleh tutor saya,. Dua hari sebelum ujian, saya ada mengikuti kelas memandu dengan tutor tersebut. Sepanjang latihan tersebut, saya hanya ada masalah di bahagian 3 penjuru. Korang nak tahu apa tutor saya bagitahu, " Kalau kamu fail lagi haa, jangan cari saya". Sentap tak ? Siapalah yang dalam dunia ini nak fail ?

3. Kalau saya fail, kesian dengan bapa saya yang terpaksa membayar RM50 sekali lagi dan bapa saya terpaksa jugalah hantar saya pergi ke kelas memandu setiap petang.

Pada hari tersebut, sebelum pukul 6 pagi saya dah bangun. "Excited" lah kata ko.. Pada pagi itu memang tak ada mood nak makan. Yalah kan apabila teringatkan 'ugutan' manja tutor aku tu. Sebelum pukul 7 pagi, saya dan bapa berangkat ke akademi memandu lagi. Sepanjang perjalanan memang tak pernah berputus-putus berdoa kepadaNya. Tangan dan kaki pula dah mula berpeluh. Bila dah sampai, pejabat akademi masih tutup. Oleh itu, terpaksalah saya tunggu di tempat menunggu. Rupa-rupanya, ada juga orang yang datang lebih awal pada hari itu. Pada pagi itu, saya berkenalan dengan seorang makcik ini.. Dia kata pukul 6 pagi lagi dia dah sampai akademi memandu sebab dia tinggal berdekatan dengan akademi memandu. 

Hampir pukul 7.30 pagi, dah ramai juga yang datang. Pada pagi itu, orang yang datang lebih ramai daripada hari kali pertama saya datang untuk ujian memandu. Kalau tak silap saya, lebih 20 orang calon yang hadir pada pagi itu. Sambil tunggu di tempat menunggu, berkenalan pula dengan seorang kakak ni. Dia kata dia bukan orang sini, maksudnya bukan orang Malaysia lah kan tapi dia dah menetap di sini untuk tahun yang kesembilan. Sembang punya sembang, adalah juga hilang perasaan gemuruh.

Tepat pada pukul 7.30 pagi, pihak tutor yang bertugas melekatkan senarai nama di dinding. Saya pun terus menuju ke tempat senarai nama tersebut. Alangkah terkezutnya apabila saya lihat nama saya berada di giliran ketiga. Hal ini sekaligus bermaksud saya adalah orang yang ketiga untuk memulakan sesi ujian. Bila look through senarai nama, bukan saya seorang sahaja yang datang untuk kali yang kedua rupanya. Bila dah dapat tahu tu, saya terus duduk dan tunggu arahan yang selanjutnya.

Hampir pukul 7.40 pagi, pihak tutor seorang ini suruh kami beratur mengikut nombor giliran dan kami diberikan nombor untuk digantung di leher. Sambil tunggu, sambil berdoa dalam hati. Oh ya sebelum itu, pihak JPJ dah sampai dan kami disuruh beratur di luar bilik khas untuk sign beberapa dokumen. Untuk pengetahuan, sewaktu datang untuk sesi ujian, sila bawa kad pengenalan dan lesen L korang. Sebab pada hari itu, dua orang perempuan lupa bawa kad pengenalan. Pada pendapat saya, benda itu tak patut berlaku sebab, setiap kali kita keluar rumah, mestilah kita bawa kad pengenalan kan..

Okay, back to the story, apabila pegawai JPJ suruh masuk bilik, saya diminta untuk sign dokumen. Pegawai JPJ akan check kad pengenalan dan lesen L korang. Lepas dah settle sign dokumen, saya terus duduk di tempat menunggu.. Debaran semakin terasa, hati mula berserah kepadaNya,

Pada pukul 7.45 pagi, kami yang terawal mula ni diminta masuk ke dalam kereta mengikut nombor kereta. Saya dapat giliran nombor 3 jadi nombor kereta saya ialah nombor 3. Bila dah masuk itu, saya terus buat apa yang patut iaitu, tarik tempat duduk ke depan sekali (almaklumlah kaki saya ni pendek dan kadang-kadang tu kaki saya tak terpijak clutch. Nak buat acano kan), saya tekan clutch, hidupkan kereta, cakap dengan kereta, "kereta kita buat sehabis baik okay?" (macam orang giler pula) dan saya tunggu arahan yang selanjutnya. Perasaan saya sangat nervous pada hari tersebut ditambah pula dengan kehadiran pegawai JPJ yang sedang menuju ke pondok khas. Pondok khas itulah tempat pegawai JPJ akan memantau kami. Sambil tunggu sambil usha pegawai JPJ yang segak lagi berkaca mata uols. Okay, dalam minda itu terus kembali kepada perkara yang lebih penting. Beberapa minit lepas tu, calon pertama disuruh untuk menuju ke kawasan naik bukit, lepas itu calon yang kedua dan seterusnya saya. 

Masa mula menggerakkan kereta, akibat nervous, kereta yang saya pandu mati enjin sebab angkat clutch terlalu cepat. Angkat clutch perlu slow slow tau.. Okay, bila dah sampai naik bukit, buat apa yang patut dan syukur kepada Tuhan, bahagian naik bukit dan side parking saya dapat buat dengan baik. Selepas side parking, saya terus menuju ke kawasan 3 penjuru iaitu penyebab saya gagal pada kali pertama. Semasa sampai itu, saya buat apa yang telah diajar tutor saya. Syukur kepadaNya saya berjaya di 3 penjuru tetapi mungkin orang tak nampak, sebenarnya waktu saya nak berundur, saya tukar gear 1 ke gear reverse dan apabila saya lepas brek dan angkat clutch, kereta menuju ke depan seolah-olah gear tak "makan". Saya cuba sekali lagi dan jadi perkara yang sama. Tapi nasib saya baik sebab kali ketiga saya buat benda yang sama, kereta reverse ke belakang. Bimbang juga sebab bukan salah saya pun, gear tu yang tak "makan".

Lepas lulus bahagian 3 penjuru memang happy sangat dan saya terus park di depan tempat menunggu. Saya buat apa yang patut, tekan clutch dan brake, freekan gear dan angkat handbrake. Masa nak keluar tu, saya tak tahu sebenarnya kereta saya telah berkunci. Seorang tutor datang kepada saya dan dia bergurau " Lawalah dah lulus tapi lupa macam mana nak buka pintu kereta". Saya keluar dari kereta dan terus menuju ke pondok JPJ. Ambil borang dan terus menuju ke pejabat akademi. Masa on the way, terserempak dengan tutor saya, dia tanya " macam mana tadi?". Saya jawab, "LULUS!".

Lepas pergi pejabat, terus pergi ke kantin akademi. Masa on the way, ada seorang tutor ni tanya, " amoi, OK kah?". Saya dengan perasaan bangga jawab "LULUS".  Bila saya flashback apa yang telah saya lalui. Saya tak segan beritahu bahawa saya sangat berbangga dengan diri saya. Daripada tak tahu membawa kereta sehinggalah tahu memandu kereta walaupun tidak sepakar orang lain. Pernah sekali saya nangis tak henti-henti selepas balik daripada belajar memandu sebab saya telah mengecewakan diri saya dan tutor saya. Sekali kali saya tegaskan, siapalah dalam dunia ini yang inginkan kegagalan. Tidak pernah saya dengar orang dalam dunia ini yang nak gagal. Waktu mula-mula belajar, memang saya takut untuk pergi akademi memandu sebab saya seorang yang slow learner dalam bab memandu ni. Tapi, saya gagahkan juga untuk datang setiap kali ada kelas memandu.

 Saya bangga dengan diri saya sendiri saya lulus sebab 2 minggu sebelum saya datang untuk ujian yang kedua, hanya sekali sahaja saya belajar memandu iaitu dua hari sebelumnya. Korang percaya tak kalau saya katakan yang saya belajar memandu dalam litar sebanyak 10 kali? Hanya belajar memandu saja, tidak termasuk naik bukit , side parking dan 3 penjuru sebelum saya bawa kereta di jalan raya. Pernah sekali sebelum pra-ujian memandu, saya rasa malu dan nak nangis lepas balik kelas sebab orang ketawakan saya.

Waktu naik bukit itu, kereta saya terundur ke belakang walaupun 3 kali saya cuba. Lepas itu di 3 penjuru saya langgar bahu jalan. Hmmm... hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya pada waktu itu. Tetapi saya gagahkan juga dan tidak pernah beralah sebab prinsip hidup saya simple jah "Never give them the satisfaction of seeing you cry". Dalam dunia ini, setiap orang berlainan. Ada yang cepat tangkap apa yang dipelajari dan ada yang slow macam saya. Yang paling penting sekali, jangan pernah give up. Sesukar manapun cabaran yang harus kita lalui, kita harus tempuhi kerana hasilnya pasti semanis madu. 

Dan hasilnya, saya berjaya dapat ini..


Pada 22 Julai, saya telah datang ke Pejabat JPJ untuk ambil lesen P saya. Syukur atas kehendaknya saya berjaya dapat lesen P sebelum umur saya mencecah 20 tahun. Ingat pesan saya, "Redah jer" walau susah macam mana sekalipun.. Dan,jangan pernah berhenti berdoa. Doa tanpa usaha tidak dapat juga...

Sekian sahaja daripada saya... Terima kasih sebab sudi meluangkan masa korang untuk membaca...

P/s: Saya akan kongsikan tips memandu yang telah diajar oleh tutor saya untuk post yang seterusnya...


0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.