Sunday

Setiap manusia pasti ada cerita... Setiap manusia pasti ada masalah... Cuma ada antara mereka yang bijak memendam perasaan , bijak menyembunyikan masalah.. Nampak daripada luaran, dia nampak okay tapi dalam hati siapa tahu, kan ?
Sejak dari kecil saya memang ada masalah ini... Masalah apa ? Masalah kemurungan atau dalam bahasa Inggeris, depression.. Masalah ini sebenarnya berpunca daripada banyak aspek.. Aspek diri, keluarga dan masyarakat. Ramai orang tidak tahu yang saya sedang struggle untuk "hidup". Apakah yang menyebabkan saya jadi macam ini ?
Sebelum itu saya ceritakan latar belakang keluarga saya. Saya merupakan anak yang paling bongsu dalam keluarga. Saya ada seorang kakak dan dua orang abang. Orang kata jadi anak bongsulah best. Sebenarnya dalam hidup saya, saya katakan TIDAK. Jadi mangsa buli adalah. Memang dalam keluarga saya, ada persaingan dalam kalangan adik beradik. Sejak saya kecil lagi saya selalu kena buli... kena marah orang... Dulu saya seorang sangat lurus bendul... Apa kata orang kata, apa yang orang suruh saya ikutkan sahaja... Bodohnya saya dulu... Sebab inilah saya takut berbuat baik dengan orang kerana wujudnya manusia yang suka ambil kesempatan terhadap kebaikan orang. Saya akui masa saya kecil sampailah saya belajar darjah satu, saya seorang yang sangat baik... Sangat baik sampai mudah kena buli... Sangat baik sampai senang kena pijak kepala. Tambah lagi sejak saya kecil hidup saya sangat sunyi... Kami sekeluarga hidup di kawasan kediaman yang kebanyakan berbangsa Cina. Bukan nak bersikap racist tapi faham-faham sajalah.. FYI, kakak saya lebih tua 8 tahun daripada saya. Saya akui saya memang tak suka dia sampailah sekarang. Dialah antara penyebab saya jadi macam ini. Daripada dialah saya belajar erti dengki dengan kejayaan orang. Sejak dari itu, saya berubah perangai 360 degree. Pernah sekali semasa saya umur 8 tahun, saya ada niat nak bunuh diri. Saya benci dengan hidup saya. I come from broken family. Sejak kecil saya tidak rasakan erti keluarga. Saya akui saya ada perasaan cemburu dengan keluarga orang lain yang selalu support one another. Sedangkan keluarga saya? Menjadi seorang anak bongsu memang macam hidup dalam neraka. Asyik-asyik kena marah sehinggakan saya tahu erti berdendam pada waktu itu.
Sejak itu, saya mempunyai perangai yang teruk. Suka mengumpat orang, suka marah orang, cepat marah... Sehinggakan ramai classmates saya tidak suka berkawan dengan saya. Saya sedar apa yang saya lakukan sebenarnya. It's just that I didn't know who should I ask help from. Saya benci diri saya yang dulu. Saya akui perbuatan saya salah. Pada tahun 2005, kedua-dua ibu bapa saya bercerai... Saya masih ingat lagi pada tahun itu saya menangis tak henti-henti bila dengar my parent gaduh. Untuk pengajaran bagi semua yang bakal jadi ibu atau bapa, tolong jangan tengking pasangan kamu di hadapan anak kamu sebab mereka pasti akan mencontohi sikap kamu. Mungkin bagi kamu itu adalah perkara kecil tetapi tahukah kamu anak kamu yang akan terjejas nanti ? Jangan jadi selfish laa ! Kalau ada sikap macam itu, lebih baik jangan buat anak ! Saya benci bila dengan mereka gaduh. Sehingga sekarang saya trauma tak nak kahwin. Saya tak nak hidup saya sama dengan mereka. Saya takut sekiranya saya ada anak nanti, anak saya akan lalui apa yang saya lalui. Sejak ibu bapa saya berpisah, hidup saya semakin teruk. Saya masih ingat lagi, pernah sekali saya balik lewat sangat, hampir pukul 2 semasa sekolah rendah... sebab mendiang yang sepatutnya ambil saya balik ke rumah lupa ambil saya dari sekolah. Saya rasa nak nangis waktu tu. Hidup kami susah walaupun tinggal di rumah banglo. Ramai orang tak tahu apa yang saya lalui termasuk classmates saya. Saya masih ingat, pada hari gawai, kami hanya makan nasi dengan ikan pusu selama seminggu.. Dalam fridge, semua makanan dah habis... Tak ada duit nak beli makanan lagi...
Saya juga pernah dipandang rendah sebab saya selalu pakai baju yang sama..seluar yang sama... dengan rambut saya mengerbang... People made fun of me... Tahun 2004, saya ada mengikuti tuition class... ada dua orang perempuan cina menjeling saya....seolah-olah mengumpat... Hidup saya memang macam indah khabar dari rupa... Orang kata saya anak lawyer, hidup senang. Sebenarnya tidak... Sejak saya kecil saya memang ada dua helai baju...dua helai seluar.... Itu sahaja untuk saya berganti baju... Pernah sekali orang hina saya di Facebook kata saya miskin... Ya, memang saya miskin sebab hidup saya ketika itu bergantung 100% kepada ibu bapa. Orang yang sama juga hina saya mengatakan saya buat hidung . Memanglah semakin kita membesar, muka kita ada berubah sedikit..
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan tentang hidup saya. Bukan tujuan saya untuk membuka aib saya atau keluarga saya tetapi saya ingin menyampaikan mesej bahawa, institusi kekeluargaan yang kukuh akan membentuk ahli keluarga yang baik akhlaknya. Banyak yang saya pelajari sepanjang 20 tahun saya hidup di muka bumi ini... Sekiranya saya sudah ada anak, saya tak nak anak saya lalui apa yang saya lalui... Hidup menjadi diri saya sangat sukar. Saya akui saya pernah cuba untuk bunuh diri... Orang tak faham saya. Orang hanya tahu saya bersikap biadap, tapi saya tahu apa yang saya ingin tegakkan. Saya jahat ? Terpulang kepada setiap individu untuk menilai. Perangai saya teruk atau sebaliknya terpulang kepada saya bila saya mahu berubah. Saya akui juga saya banyak buat kesilapan. Saya akui semua itu. Saya benci diri saya sendiri.
Walau bagaimanapun, saya pernah cuba untuk berubah untuk menjadi orang yang lebih baik.. Kalaulah saya boleh migrate ke negara orang dan mulakan hidup yang baharu bersama orang baharu.. Hidup ini banyak mengajar saya. Saya pernah lalui kegagalan... Pernah "jatuh"... Pernah "bangkit" semula... Seandainya kamu mempunyai masalah seperti saya, saya recommend kamu untuk pergi ke unit kaunseling.. luahkan apa yang terbuku dalam hati kamu... Jangan risau, mereka tidakkan ceritakan masalah kamu kepada orang lain..

0 kitkat (s)