Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Thursday
Kenangan dan Cabaran Sepanjang STPM


Saya dengan bangganya mengatakan saya merupakan salah seorang bekas pelajar pre universiti. Mengapa saya pilih untuk melanjutkan pelajaran ke STPM tetapi bukan di Matrikulasi, IPTA atau IPTS ? Mengenai Matrikulasi, saya tak memohon ke sana sebab saya tidak mempunyai minat dalam bidang sains, walaupun sewaktu saya di tingkatan empat sehingga tingkatan lima saya belajar di aliran sains tulen. Biar lambat sedar asalkan tidak buat kesilapan yang sama lagi. Mengenai IPTA pula, saya langsung tidak mendapat mana-mana tawaran terutamanya UiTM. Kecewanya saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Akhir tahun 2012, saya telah ditawarkan "biasiswa" oleh salah sebuah IPTS di Tanah Melayu. Mula-mulanya saya memang hampir nak belajar di situ sehinggakan dah bayar RM500 untuk kos pendaftaran. Tetapi Tuhan maha berkuasa, maha mengetahui apa yang terbaik untuk anakNya. Saya tolak tawaran belajar di sana. Sebenarnya belajar di STPM merupakan kehendak bapa saya, bukan dengan kerelaan saya.

Okay, berbalik kepada topik yang sebenar. Saya merupakan pelajar batch 2012/2013. Pada tarikh 8 Mei saya mendaftar di sekolah yang sama semasa saya belajar dari form 1 sampai form 5.  Okay, selepas mendaftar, kami diberi jadual... Seminggu jugalah kami menjalani minggu orientasi.. Sepanjang minggu itu, saya berkenalan dengan ramai orang dan hampir kesemuanya merupakan bakal classmates saya.  Selepas seminggu orientasi, kami pun belajar macam biasa. Okay, for your information, sekolah saya merupakan antara sekolah yang mempunyai student form 6 yang paling ramai. Kalau tak silap, masa mula mendaftar dulu seramai 300 lebih orang pelajar mendaftar di sekolah saya. Pelajar sastera yang paling ramai. Masa mula masuk kelas dulu, dalam kelas saya mempunyai seramai 89 orang pelajar. I repeat dalam kelas saya sahaja.  Di sekolah kami, hanya ada 6 kelas sahaja diperuntukkan untuk tingkatan enam, 3 kelas sains dan 3 kelas sastera. Tahun itu adalah tahun memecah rekod sebab sebelum ni hanya ada 5 kelas sahaja dan bilangan pelajar pun tak seramai batch kami.

Subjek apa yang saya ambil di Tingkatan Enam? Saya ambil 5 subjek sahaja termasuk MUET iaitu Sejarah, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Masa orientasi itu kami telah diingatkan bahawa sukatan pembelajaran form 6 telah diubah mengikut pembelajaran di universiti iaitu setiap semester consists of 6 months. Kami juga diingatkan tiada "honeymoon" sebab cara pembelajaran di Tingkatan 6 tidak seperti sebelum itu kerana setiap hujung semester we'll be sitting for examinations. Setiap kali kami belajar, kami kena rushing untuk menghabiskan syllabus. Sewaktu first semester, hanya ada satu assignment saja kalau tak silap... saya pun dah lupa subjek apa... atau tak ada langsung kot ? Eh tak lupa daa...  Second semester, agak berat sedikit la sebab ada dua subjek assignments yang kami kena buat iaitu subjek Sejarah dan Pengajian Am. Ketika final semester, kami ada dua assignments untuk subjek Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Setiap kali buat assignment PP, kami sekelas akan balik lewat sampai 4.30 petang. Final semesterlah semester yang paling memenatkan. Masa mula-mula assignment tu memang agak berat sikit sebab itulah first time buat assignments. Jujur katakan sebelum ni saya tak pernah buat assignment yang agak tahap universiti. First time buat carta pai guna komputer, buat soalan selidik sendiri, pergi ke tempat kajian sendiri... Masa form 3 dulu kami buat assignment berkumpulan.. Satu benda yang saya nak pesan buat adik-adik yang bercita-cita nak masuk form 6... Tiada lagi kamu akan belajar seperti di form 5 sebab semuanya kamu akan buat sendiri...  Di form 6 kamu akan belajar berdikari, jangan tunggu cikgu suap ilmu. Kamu kena "advance" daripada pelajar lain. Usaha kena lebih banyak bukan sedikit. Bercinta boleh tetapi kena bijak seimbangkan antara waktu belajar dengan waktu berwhatsapp dengan si dia. (Psst! Saya pun bercinta juga dulu tapi result saya okay jer) Buktikan kepada orang luar yang typically ingat form 6 ni hanya untuk orang yang kurang bijak atau tak diterima di IPTA. Eh hello ? STPM merupakan peperiksaan yang ke 5 tersusah okay ? Sijil kami diterima oleh kebanyakan universiti di Amerika Ireland, United Kingdom, Australia etc. 

Masa mula-mula dulu guru tingkatan telah memberi amaran kepada kami bahawa kami tidak boleh bercinta and bla bla bla sampaikan dia beritahu parents saya tentang itu dan dia memalukan saya di depan orang ramai. Sejak daripada itu, bertambah bersemangatlah saya membuktikan kepada orang-orang itu bahawa mereka SILAP BESAR.  Setiap kali semester saya akan memberikan 101% komitmen untuk mendapat keputusan yang baik. Okay sebelum tu, cikgu itu dia marah saya sebab kononnya result saya teruk . Pointer saya masa trial exam first semester ialah 2,58 kalau tak silap saya. Padahal ramai lagi result pelajar yang lebih teruk daripada saya. Saya di ranking kedua dalam kelas saya yang mempunyai seramai 89 pelajar pada waktu itu. Atas berkat doa ibu bapa dan usaha sendiri, dengan izinNya saya dapat pointer 3.08 dan tersenarai dalam senarai pelajar cemerlang pada waktu itu. Saya berikan komitmen secara berterusan sepanjang tiga semester dan dengan izin Tuhan, saya tergolong dalam senarai pelajar cemerlang.

Jujur dari hati saya sebelum ini saya pernah give up sehinggakan saya nak belajar di IPTS yang telah menawarkan saya biasiswa. Tapi Tuhan telah mengerakkan hati saya untuk stay dan saya terus tabah menghadapi segala rintangan sepanjang belajar di tingkatan enam. Saya juga mempelajari banyak perkara, antaranya, I've learnt to step out from my comfort zone. Ketika saya di semester kedua, saya telah menyertai pertandingan pidato antara pre universiti yang bertempat di SMK Kidurong, Bintulu. Even though I didn't do as what I'd expected but I'm still proud of myself because that was my first time participating that kind of competition. I learnt new things. I've learnt to be strong despite all the obstacles that I've been through. I remain strong till now. And they make me who I am today. Di pertandingan pidato itu, saya mendapat kedudukan yang ketiga antara empat peserta yang bertanding. Bersyukur jugalah kan. Saya sungguh bertuah diberi peluang untuk menimba pengalaman tersebut. Saya fikir saya akan terus menyertai pertandingan pidato di universiti nanti jika diberi peluang sekali lagi.

Okay, lastly, berkenaan dengan MUET. Ou em gee... Saya tak sangka berjaya melalui MUET. Okay apa itu MUET. It stands for Malaysian University English Test. Exam ini sangatlah penting sebab kalau tak ambil test ini, kita tak dapat masuk universiti tempatan. Ada 4 bahagian dalam MUET. First, listening. Secondly, reading. Thirdly, writing. Finally, speaking ! Ramai orang gugup masa speaking, termasuk saya. Saya taklah expert dalam speaking english. Saya ni average lah. Biasa sahaja. Kami ambil MUET pada bulan Julai dan pada bulan Oktober result MUET diumumkan... Mesti korang tertanya berapa band yang saya dapat.  Saya tak sangka sebenarnya sebab saya kurang yakin dalam part writing, speaking dan reading. Sekali lagi, berkat doa dan usaha, saya berjaya dapat band 4. Memang tak sangka naw naw ! Di sekolah saya, paling tinggi pun dapat band 5. 

Okay, sampai di sini sahaja post saya kali ini. Kalau ada apa-apa pertanyaan tentang form 6 atau sistem baharu STPM, jangan segan tanya saya by dropping your comments below, sweethearts ! Saya ingin jujur dengan kalian semua, saya bukanlah pelajar genius. Sewaktu SPM, saya dapat result biasa jer. 2A sahaja yang saya dapat. 2D untuk subjek Physics dan Chemistry. Tiada rahsia pemakanan untuk menjadi bijak sebenarnya. Saya makan nasi everyday. Saya juga makan junk food. Rahsia saya ialah... meh bisik kat telinga jap... Determination (whispering)... Itulah rahsia kejayaan saya. Tanpa determination, kita mudah hot hot chicken poop (Hangat-hangat tahi ayam). Okay, bye !




0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.