Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Monday
Pengalaman Ujian JPJ PART 1

Hari ini merupakan antara hari yang terbaik sepanjang saya hidup 20 tahun. Sebab saya dah LULUS ujian JPJ walaupun.. walaupun hari ini sebenarnya merupakan ujian JPJ saya yang kedua.  Sebelum saya cerita pengalaman saya hari ini, saya nak buat throwback, cerita pasal saya fail ujian JPJ dua minggu yang lepas. 

Okay, 2 minggu lepas, pada pukul 10 pagi saya telah menjalani ujian JPJ. Kalau tak silap saya, sebelum pukul 10 pagi, saya dah habis ujian litar. Pada 7/7/2014, saya pergi ke akademi memandu pada pukul 8.45 pagi walaupun ujian JPJ bermula pada pukul 10 pagi.. Excited punya pasal tapi tak juga lulus.. Pada hari itu, tak ramai yang ambil driving test.. Hanya beberapa orang jah. So sesi driving test pun agak singkat.. Masa dah sampai di akademi memandu, saya pergi office, minta Lesen L lepas tu terus pergi ke belakang office, tunggu di sana sambil usha calon ujian JPJ yang bermula pada pukul 7.30 pagi... It's a common thing apabila kita berasa sangat gementar... Bila dengar cerita orang sebelah yang excited sebab lulus, saya rasa semakin gementar sebab dulu masa latihan asyik kena marah oleh tutor saya.. Saya akui saya kurang berkeyakinan terutamanya di bahagian 3 penjuru and yes, it came true. Di bahagian 3 penjurulah saya fail. Apa yang terjadi? Lepas ni saya cerita. Okay, masa saya duduk dan tunggu giliran, saya ada berkenalan dengan seorang gadis yang berketurunan Cina. Borak punya borak, dia kata pada hari itu dia datang untuk ujian JPJ kali yang kedua. Dia fail terus di bahagian naik bukit. Lepas dia cerita tentang pengalaman dia, saya bertambah nervous.. Untuk pengetahuan semua yang belum ambil lesen kereta atau yang bercadang untuk berbuat demikian, kereta tidak boleh berundur selepas angkat tangan. Jika berundur, anda dianggap GAGAL. Okay, bila dah turn saya sampai.. Pihak tutor panggil kesemua calon untuk beratur masuk ke bilik JPJ untuk tandatangan dokumen. Lepas itu kami diberikan nombor giliran. Nombor giliran yang saya dapat ialah nombor 5. Waktu sesi ujian JPJ, terdapat 4 orang sahaja yang mulakan sesi tersebut. Sambil saya tunggu, sambil saya berdoa agar hati saya tenang.. Ketenangan dalam jiwa dan hati adalah perlu untuk menghadapi driving test sebab kalau jiwa kita tengah kacau, adalah mustahil untuk kita tumpukan perhatian terhadap pemanduan.

Back to the story,apabila seorang calon JPJ dah selesai menjalani driving test dalam litar, maka giliran saya pula untuk beraksi. Jujur saya katakan, hati saya berasa kosong, perasaan gementar tak ada langsung bila saya berada dalam kereta. Dengan izin Tuhan, saya berjaya di bahagian naik bukit dan side parking. Selepas side parking, maka saya perlu menuju ke bahagian penyebab saya gagal. Kenapa saya gagal ? Hal ini berpunca daripada diri saya sendiri. Kereta saya langgar bahu jalan sebab saya kurang pusing stereng ke sebelah kanan. Apabila benda itu berlaku, salah seorang tutor di akademi tersebut menuju ke kereta saya dan dia kata, " teknik awak betul tetapi tidak cukup pusing stereng". Hmm maka terbanglah duit RM50 saya. Dalam hati saya, sikit jah lagi. Bahagian 3 penjuru itulah bahagian yang terakhir untuk ujian di litar. Bila saya ambil borang daripada pihak JPJ, salah seorang abang JPJ ni siap berpantun pula.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kereta boleh gagal.

Pantun yang tak kelihatan seperti pantun. Selepas ambil borang itu, saya terus carry on untuk sesi ujian di jalan raya pula. Okay, hari itu pihak JPJ yang berada di sebelah saya sepanjang sesi ujian di jalan raya merupakan abang JPJ. Sepanjang ujian itu, dia langsung tak cakap apa-apa... Bimbang jugalah kan sebab bila dia dah diam sangat, kemungkinan kita fail itu tinggi... Itu persepsi saya sahaja.. Bila abang JPJ itu buka mulut, suara dia sangat kecil...walaupun dia berbadan besar... Atau saya yang pekak? Entahlah labu... Sesi di jalan raya memang okay . Enjin kereta langsung tak mati walaupun waktu first time bawa kereta di jalan raya dulu, enjin mati di lampu isyarat. Tapi masa naik bukit untuk kembali ke akademi, kereta yang saya pandu, ada terbabas sedikit.. Fuhh nasib baik abang JPJ itu relax dan sambil itu dia cakap, "kawal stereng haa". Walau luaran relax tapi hati dia kita tak tahu... Syukur kereta yang saya pandu selamat sampai ke akademi memandu... Thanks to God.. Saya masih ingat lagi, saya selalu dimarahi oleh tutor saya apabila saya pandu kereta di jalan raya.. Hmmm...waktu itu memang sedih jugalah.. Siapalah yang dalam dunia ini nak fail ? Waktu sampai ke tempat permulaan ujian tadi, abang JPJ itu bagi borang sambil cakap GAGAL. I was like, " What?!!!". Lepas itu, dia kata, "Lulus lah". Fuhh nasib baik... Saya dapat 18/20. Untuk pengetahuan yang belum ambil lesen kereta, untuk lulus di jalan raya, korang kena dapat at least 16/20 untuk lulus. Below 16, maksudnya korang kena ulang sekali lagi laa... 

Walaupun bahagian 2 saya gagal tetapi saya tetap berbangga dengan diri sebab saya berjaya LULUS di bahagian jalan raya. Bahagian jalan rayalah bahagian yang tutor saya kurang yakin saya boleh LULUS tetapi dengan izin Tuhan, tiada yang mustahil..

Okay, itu sahaja post saya untuk hari ini.. Waktu balik ke rumah, saya tak habis-habis fikir, macam manalah saya nak explain kepada tutor saya... Hmmm habislah saya kena marah... Tapi... jeng jeng jeng akhirnya saya lulus juga.. Nantikan post saya untuk Part 2 esok tentang pengalaman saya ujian JPJ untuk kali yang kedua... 


0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.