Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Tuesday
I'm Moving On

Adakalanya dalam dunia ini, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak in any shape or form. Adakalanya juga kita harus menerima hakikat bahawa kita terpaksa melepaskan sesuatu atau seseorang kerana kita tahu kita takkan dapat apa yang kita inginkan.. 

Moving on... It's easier said than done... Sekarang ni saya hanya perlu fokuskan diri tentang perkara yang penting sahaja... Saya berfikir adalah lebih baik sekiranya saya tolak ke tepi perasaan saya dan perkara yang kurang penting buat masa ini... Saya fikir adalah lebih baik seandainya saya capai dahulu impian saya sebelum memikirkan tentang perkara lain...

Salah saya juga sebab terlalu memikirkannya dulu sehingga saya hanyut dalam perasaan ini... Salah saya apabila saya merelakan perasaan ini hidup... Saya tahu ... Saya salah... Saya sepatutnya tidak menghiraukan dia... Tapi apakan daya semua itu telah terjadi... Masa takkan berulang kembali... Bak kata dalam bait lagu Hafiz Suip, " terpaksa ku terima itu hakikatnya"..

Nasib baiklah saya sedar diri... He's out of my league... He deserves better and I think every girl likes him.. Petik jari, 10 perempuan beratur... Biarlah... Tapi kenapa saya terus berfikir tentang dia ? Sampai terbawa dalam mimpi... Amat pahit apabila mengetahui dia dah berpunya... Memang patut pun sebab kalau diikutkan, umur dia sekarang sesuai sangat untuk dia berkahwin... Psst... he's 6 years older than me.. I guess...

Lambat laun juga saya akan dapat menerima... Saya rasa saya nak bawa diri... Mulakan hidup baharu... Nak tahu ? Salah satu impian saya ialah saya nak melanjutkan pelajaran ke negara barat.. Saya teringin sangat meneroka dunia orang... Mungkin daripada situ saya akan belajar untuk mematangkan diri dalam segala aspek...  Saya akui saya masih belum matang... Sebab itulah saya bernasib baik kerana alasan ini dapat meyakinkan saya bahawasanya dia berhak bersama dengan orang yang jauh lebih baik daripada saya... If we love someone, we should let the person go even if it means you can't have him/her... 

Saya masih muda... Usia baru menjejak ke 20an... Masih banyak lagi perkara yang perlu saya belajar... Jadi, move on harus dilakukan.. Nak tak nak...kena juga ...Menyesal pun tidak berguna...

P/s: Jiwang + patah hati di tengah pagi buta


0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.