Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Tuesday
Cinta Tak Dibalas / Unrequited Love


Dalam sejarah hidup kita, pernah tak kita menyukai seseorang itu tetapi orang yang disukai itu tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap kita ? Tak kiralah masa zaman tadika, zaman sekolah rendah, , sekolah menengah, universiti atau pada zaman bekerja sekalipun, pernahkah korang mengalami pengalaman macam ni ? Well, I know how it feels. Sakit hati itu memang lah. 

Masa saya form 1, okay kiranya zaman puppy love laa ni...saya pernah menyukai seseorang lelaki ini... Pada mulanya, saya tak ada satu secubit perasaan pun terhadap dia. Tapi bila asyik fikirkan tentang dia, mulalah tersangkut pula dengan si dia. I admit I was less attractive in boys' eyes back then, dengan rambut mengerbang, messy, smelly... Bila fikirkan kembali...memang patut pun... Di mata saya, dia seorang yang sangat handsome, pandai pula tu. Saya akui, saya selalu "usha", zaman sekarang panggil "stalking"... Dia diibaratkan seperti besi dan saya pula umpama sebuah magnet. Semenjak daripada itulah saya suka ke sekolah. Saya tak henti-henti daripada melihat dia. Selepas selalu pandang-memandang, dia pun perasan yang saya selalu "usha" dia. Tapi waktu tu dengar cerita dia dah ada orang yang dia minat. Waktu tu tak payah cakaplah, hati memang sakit. Susah nak "move on". Susah nak lupakan si dia. *Walhal baru masuk akil baligh ni. 

Apabila kita dah ter-feeling terhadap seseorang, memang susah kita nak lupakan orang itu, tak kiralah budak yang masih bersekolah atau pelajar universiti pun. Terutamanya orang macam saya. Ambil bertahun jugalah untuk melupakan. Saya akui saya masih muda dan tak layak nak bagi nasihat tentang perkara ini tapi pada pendapat saya, apabila cinta tidak dibalas, adalah wajar untuk kita berfikiran positif. Bak kata orang dulu-dulu, "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor". Tapi betullah kan. Kalau dia dah jodoh kita, walau apapun kita tetap akan bersatu dengan dia. Tapi kena ada inisiatif juga untuk memulakan langkah. Namun, kalau orang itu dah tak nak, tak payahlah kita nak tunjuk yang kita sedih atau terdesak. Biarkan saja. Bina sebuah blog dan luahkanlah segala sakit hati, patah hati dan hancur hati dalam blog kita. Sematkan dalam minda, "dia mungkin bukan untuk aku". Kadang-kadang cinta tidak semestinya dimiliki. Kadang-kadang kerana cinta, kita terpaksa berkorban perasaan kita untuk kebahagiaan si dia. Memang hati sakit sangat kan.. Tuhan dah tentukan siapa jodoh kita, jadi watlek wat peace jer... Ada orang luar yang lebih baik daripada si dia...cuma tunggu masa sahaja.. Kadang-kadang, apa yang manusia yang nampak sempurna untuk diri mereka, tidak semestinya sempurna untuk diri mereka di mata Tuhan. Sekiranya si dia dah ada orang lain atau dah berpunya, lepaskanlah dia.. Jangan pula kerana cinta sanggup berebut. Kalau kita tak nak orang buat kita, jangan buat benda yang sama kat orang. Bak tajuk lagu Justin Timberlake, " What goes around comes around".

Untuk melupakan si dia, cuba set-kan minda untuk memfokuskan diri ke arah impian kita. Itulah yang lebih afdal terutamanya budak yang masih bersekolah, yang masih mengharapkan duit mak bapak. Cuba concentrate dengan pelajaran untuk mengelakkan diri daripada membunuh diri. Bukan apa, sebelum ni, ada kes pelajar commited suicide sebab putus cinta. Ibu saya pernah memberi nasihat kepada saya dan sampai sekarang saya pegang kata-kata itu. "Kita, janganlah terlalu obses dengan orang. Nanti hati kita yang merana." Seriously jangan terlalu obses dengan seseorang. Eventually, you're the one whom gonna get hurt.


0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.