Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Sunday
You Are Beautiful Just The Way You Are


Pada pendapat saya, semua perempuan dalam dunia ini cantik. Tidak kiralah badan saiz mereka kecil atau besar. Apa yang paling penting adalah pemikiran perempuan itu sendiri. Sekiranya dia fikir yang dia tak cantik maka, dia akan rasa yang dia tak cantik. Sama juga sekiranya sebaliknya. Sebenarnya, setiap perempuan yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai kecantikan yang tersendiri. Perkataan "cantik" itu bukan hanya merujuk kepada perempuan yang berkulit putih, bermata besar, tinggi seperti Victoria Secret's model atau sebagainya. Bear in mind, setiap perempuan mempunyai ciri-ciri kecantikan yang tersendiri. Typical Malaysian, asal perempuan berkulit putih je dan pan-asian atau eurasian cantik. Tahukah kita , masyarakat Barat sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk "tanning". Mungkin mereka fikir kulit yang gelap itu cantik.

Mesej yang ingin saya sampaikan adalah setiap perempuan cantik. Hanya kerana seseorang perempuan itu tidak mempunyai body figure persis seorang supermodel, tidak bermakna mereka tidak cantik. Siapa yang mencipta kaum Hawa ? Scientist ? Engineer ? Ataupun Architect ? Tanamkan fikiran, "Saya tidak perlu berasa sedih kerana saya cantik. Tidak cantik di mata manusia tetapi saya cantik di mata Pencipta saya." Anggapan Pencipta kita adalah jauh lebih bermakna daripada pandangan seorang manusia. Never change yourself for someone else unless it's harmless to change. Sekiranya seseorang perempuan itu ingin mengubah bentuk badan daripada saiz besar kepada saiz S atau saiz M. Tidak ada masalah . Mungkin atas faktor kesihatan atau faktor keyakinan diri.

Sewaktu saya sekolah rendah sampailah saya di sekolah menengah, orang tak berhenti untuk mengkritik luaran saya. Ya, saya akui, saya tidaklah pandai sangat menjaga penampilan. Saya sering ditertawakan kerana rambut saya, kerana penampilan saya yang "messy". You know what ? They laugh at me because I'm different but I laugh at them because they all look the same. Ada orang suka memperlekehkan penampilan orang tetapi tidak sedar sendiri dengan kekurangan masing-masing. Orang macam inilah patut dihumban ke dalam gaung. Bak kata seorang guru, "mempersetankanlah kata-kata orang". Orang yang suka cari imperfections orang lain ialah orang yang tidak nampak tahi mata di mata sendiri. Thanks God, I achieve better results than them ! Semua ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya mengubah diri saya ke arah yang lebih baik...

Psst... Girl, you are beautiful no matter what they say. Words can't put you down, sweetheart !


0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.