Sunday

Siapa di sini yang tak pernah ada "candy crush" ? Rata-rata manusia especially kanak-kanak remaja semuanya ada "candy crush". Mana tak nya, perasaan itu timbul apabila kita bertemu dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai ragam. Teringat masa zaman budak sekolah rendah dulu, ramai student terutamanya yang perempuan suka dengan lelaki yang mereka nampak agak handsome. Sama juga dengan student lelaki yang minat dengan perempuan cantik dan comel jerrr.... Okay, back to the topic. Macam mana kita nak tahu sama ada seseorang gadis itu menyukai seseorang lelaki itu atau tidak ? Sejujurnya, sebagai seorang perempuan, apabila kami menyukai seseorang, perasaan itu sangatlah jelas terpancar dalam diri kami sama ada dalam aspek perbuatan, pertuturan dan perlakuan. Berikut merupakan tanda-tanda seseorang gadis itu menyukai seseorang lelaki. Berdasarkan pemerhatian.

1. Bila seseorang gadis itu menyukai kamu, dia akan sering memandang ke arah kamu. Bila kita sukakan sesuatu,sudah tentulah kita akan memandang sesuatu itu . Sama juga diaplikasikan dalam situasi ini. Gadis itu juga akan berusaha "mencari" seseorang yang dia minat dalam diam walaupun dikelilingi oleh orang ramai. Kemungkinan besar juga dia akan mencuri melihat kamu apabila kamu memandang ke arah lain atau apabila kamu tidak menyedarinya.
2. Gadis itu akan cuba mengelakkan diri daripada kamu. I know it sounds weird but it does happen to some girls out there. Dia cuba mengelak bukan kerna dia membenci kamu tetapi kerana kehadiran kamu menyebabkan dia berasa gugup dan kemungkinan pada masa yang sama, dia tidak "bersedia" dari segi luaran dan dalaman untuk bertembung atau bersemuka dengan kamu. Bila seseorang perempuan itu menyukai kamu, dia akan pastikan diri dia presentable untuk kamu.
3. Apabila seseorang gadis ter"crush" dengan kamu, dia akan sentiasa berada di samping kamu. Sama ada kamu memerlukan bantuan atau tidak, dia akan sentiasa berada di sisi kamu. Even kalau kamu text atau call dia pada tengah malam, dia akan cuba untuk meluangkan masa untuk kamu. Tapi your best girl friend pun akan buat benda yang sama juga. Jadi, jangan keliru.
4. Gadis yang ter"crush" dengan kamu akan menunjukkan sikap yang berlainan. Tapi itu tidak bermakna dia hipokrit. Okay, sebagai contoh, selama ini seseorang gadis itu ialah seorang perempuan yang lasak, tak pakai dress, tak apply make up, pendek kata dia tak feminin tetapi apabila korang berdua hangout, dia tiba-tiba berubah bukan sekadar penampilan sahaja malah perangai dia juga berubah. Contohnya, selama ini dia seorang yang kasar, all of a sudden, dia tiba-tiba berubah menjadi seorang yang sopan, pendek kata, control ayu. Aha ! Dari seorang yang pendiam, berubah kepada seorang yang ceria.
5. Akhir sekali, gadis itu akan memandang cepat ke arah lain apabila "candy crush" dia memandang ke arah dia. Hanya ada satu sebab. Dia berasa segan . Bayangkan your candy crush pandang kamu, apa yang kamu akan buat ? Tetapi bergantung kepada level of confidence dialah kan...

Done with my posting today ! Tanda-tanda di atas bergantung juga dengan personaliti seseorang gadis itu. Ada juga perempuan yang tidak menunjukkan apa-apa tanda sebab dia pandai memendam perasaan.

0 kitkat (s)