Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Sunday
Dugaan Dalam Hidup Banyak Mengajar Saya


" Tuhan tidak akan memberi dugaan sekiranya Dia tahu kamu tidak dapat mengharunginya". Siapa dalam dunia yang tak ada masalah , please raise your left hand ! Sebenarnya setiap manusia pasti akan mengharungi sekurang-kurangnya satu dugaan dalam hidup ini. Kadang-kadang kita melihat seseorang itu selalu senyum, hidup sentiasa happy tapi dalam dunia dia sendiri , siapa tahu ? Ada sesetengah orang bijak menyembunyikan masalah mereka, ada juga yang tidak tahu handle masalah mereka. Saya akui saya 50-50. Adakalanya kita perlu meluahkan perasaan kita, meluahkan segala masalah kita agar orang mengerti, agar orang tahu bahawa hidup kita ini bukanlah hanya indah khabar dari rupa. 

Sepanjang hidup saya, banyak yang saya telah lalui. Even waktu di usia muda pun saya telah didatangi pelbagai ujian. Ujian tidak pernah berhenti datang dalam hidup saya sehinggalah kini. Salah satu beban yang pernah menghimpit hidup saya ialah ketika saya mula belajar memandu. Sebelum belajar memandu, saya langsung tak pernah pegang stereng kereta apatah lagi memandu kereta di jalan raya. Masa mula-mula dulu, saya tak pandai langsung kawal stereng kereta. Percaya atau tidak, 10 kali saya mengelilingi kawasan akademi memandu sebelum tutor memandu saya membawa saya belajar di jalan raya. Sepanjang 10 kali itu, saya sering buat kesilapan, sampaikan tutor pun naik fed up. Bukan setakat tutor saja, saya rasa sangat kecewa, rasa nak nangis bila saya balik ke rumah petang itu. Masa balik rumah saya selalu nangis, saya rasa sangat depressed ! 

Sejak dari itu, saya mula sedar, tidak orang yang boleh membantu saya dalam memandu kereta dan pada setiap petang sebelum saya belajar driving, saya akan berdoa dan meminta pertolongan Tuhan untuk memberi saya wisdom dalam mengawal stereng, clutch, brake, acceleration pedal, hand brake dan tukar gear. Thanks to Him, I improve a lot since then. Mesej yang saya cuba sampaikan ialah, semua orang pasti akan mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup kita. Perubahan itulah yang akan mematangkan kita. Frankly, saya tak sangka saya dah lalui semua dugaan sebelum ini.Tanpa Tuhan saya dah mati. Banyak kali saya cuba untuk commit suicide tapi bila saya fikirkan kembali kata-kata di gambar atas itu, keyakinan saya mula menebal. Nasihat saya, jika kita tengah dilanda cobaan (bak kata Pendekar Mustar), BERDOA. Have  faith in Him. Saya juga tidak pernah berputus asa untuk membaiki kelemahan saya.Tiada manusia dalam dunia ini boleh membantu kita apabila roh kita dalam keadaan kacau. Syaitan suka menghasut fikiran kita apabila kita dalam keadaan lemah. Untuk melawan hasutan itu, kita perlu meminta perlindungan daripadaNya. Tapi jangan hanya apabila kita dilanda masalah, kita cari Tuhan. Dalam keadaan senang, jangan lupa berdoa. Saya akui saya bukanlah seorang yang alim tetapi saya cuba untuk menjadi seorang Christian yang benar-benar Christian yang mengikut ajaranNya. ... Saya bukan malaikat, dan saya akui saya banyak buat silap sepanjang hidup saya. 


0 kitkat (s)
Yesterday | Today
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.