Keeping Up With Florence
Florence
entries profile

 Hershey



Tuesday
Kisah Cinta Monyet

Hampir semua manusia dalam muka bumi ini mesti pernah menyimpan perasaan terhadap seseorang.. Even waktu sekolah rendah lagi kan ? Okay, berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun hidup di muka bumi ini, saya akui saya pernah menyukai seseorang secara diam (pengakuan berani mati yang tidak pernah bercerita dengan sesiapa). Selalunya kalau kita suka seseorang sewaktu masih sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, orang kata itu adalah cinta monyet dan kalau dalam bahasa Inggerisnya " Puppy Love". Kenapa perlu diberi istilah cinta monyet ? Kenapa tidak cinta lembu ker ? Cinta ayam ker , kan ? Orang ibaratkan cinta monyet itu seperti cinta yang tidak akan kekal lama. Pendek kata, cinta monyet itu bukan cinta sejati lah kiranya.

Tahun 2002

Sebenarnya, tujuan saya buka posting baru sebab nak berkongsi pengalaman saya tentang cinta monyet ini dan pada masa yang sama, cinta tak terbalas. Okay.. here we go. Saya ni jenis orang yang kalau saya suka pada seseorang, saya akan mengambil masa yang lama untuk melupakan seseorang itu. Contohnya, pada tahun 2002 kalau tak silap, masa tu saya baru belajar di darjah dua. Waktu itu ialah waktu rehat dan saya ternampaklah seorang lelaki ini. Saya tersuka kat dia selepas dia tolak orang depan dia dan orang depan dia pula tertolak saya sampai kepala saya terhantuk kat tiang kelas. Mungkin sebab itu kot saya mula jadi tak betul. Saya tak tahulah kenapa awal sangat saya ada perasaan terhadap orang pada masa tu. Kalau teringat balik, memang luculah. Saya pendam sampai 3 tahun dan saya tak pernah bercerita kepada sesiapa. Memang susahlah untuk melupakan dia.


Tahun 2005

Seterusnya, cerita kedua. Okay, saya ni juga jenis orang yang akan tersuka kepada seseorang apabila saya selalu terfikirkan orang itu. Saya masih ingat lagi waktu saya darjah lima. Cerita dia macam ini, ada seorang pelajar lelaki ini, setahun tua daripada saya dan kawan saya telah tersuka kepada kawan sekelas saya ini. Boleh dikatakan setiap kali waktu rehat mesti dia akan usha kawan perempuan saya ini di belakang tingkap kelas. Rasa nak gelak pun ada ni (memang tengah gelak pun). Bila kawan asyik cerita pasal dia ini, mulalah diriku ini terpikat pada si dia. Hari-hari juga aku usha dia. Hahahha. Gila aku ini. Okay, korang nak tahu tak kenapa dia suka kat kawan sekelas aku ini ? Tak nak tahu ? Nak cerita juga ! Dia suka kat kawan aku ni, si N sebab N berkulit putih melepak. Haa tipikal orang kita lah ini. Asal putih jer cantik. Asal cantik jer putih. Tak aci ! Tapi lelaki itu tak lama lah usha si N sebab N pindah sekolah. Saya berjaya lupakan lelaki itu selepas dia habis UPSR...


Tahun 2007

Cerita seterusnya... Seperti remaja lain, saya tidak ketinggalan untuk mempunyai crush di sekolah menengah. Saya tak terfikir nak suka pada seseorang sewaktu menjejakkan kaki ke sekolah menengah sebenarnya sebab penat dengan perasaan suka kepada seseorang. Dah laa tak dibalas ! Hmmph ! Bukan salah mereka pun sebenarnya sebab al maklumlah dulu saya ini bukanlah cantik di mata orang. Dengan rambut mengerbangnya, dengan bau peluhnya, dengan tak pandai bergayanya memang patutlah kan. Eh saya bukan nak buka aib sendiri tetapi nak beritahu orang yang jenis macam saya ini bahawa mereka tidak bersendirian. Saya sedar diri. I was less attractive back then. Waktu saya di tingkatan satu pada awal tahun, saya tersuka pada seorang lelaki. Okay lelaki ini ada dua orang kawan yang kiranya macam budak hotlah (erghh budak hot?). Yalah kan digilai oleh pelajar perempuan pada ketika itu. Seperti kisah sebelum ini pun, saya pendam perasaan saya dan mengambil masa yang agak lama untuk saya lupakan dia. Sebenarnya dia tahu saya sukakan dia sebab saya selalu usha dia. Oh ya kelas saya berada di hadapan tangga dan kelas dia pula di tingkat atas so bila dia turun, saya akan ternampak dia. Jadi, disebabkan saya ini kurang menawan maka saya harus membiarkan sahaja... Pada ketika itu, dia juga ada suka seorang perempuan senior ini, si B, anak guru tingkatan dia. Pada bulan Ogoslah bulan terakhir saya melihat dia sebab dia pindah sekolah di bandar lain. Selepas dia pindah, agak lama jugalah saya tidak suka pada seseorang. Saya masih ingat lagi, sepanjang saya ada menyimpan perasaan terhadap dia, saya rajin sangat ke kelas dan saya excel dalam pelajaran saya pada ketika itu. Saya rasa saya tak pernah suka pada seseorang seperti saya suka pada dia even waktu sekarang...


Tahun 2009

Pada tahun 2009, saya start ada boyfriend tapi secara jujurnya saya tak ada perasaan terhadap dia. Saya tak suka dia tidak seperti yang sebelum ini.. Lelaki ini setahun tua daripada saya dan saya akui saya menyesal mengenali dia. He's not a good guy. Saya kenal si A (nama yang hampir sama dengan yang sebelum ini) ini pun daripada Facebook. Menyesal betul kalau diingatkan kembali. Si A ini dicop playboy di sekolah dia.


Tahun 2014

Selepas budak si A ini, saya ada boyfriend sekali lagi tapi jujur saya katakan perasaan saya tak sama seperti saya suka pada lelaki yang saya suka masa form 1 dulu. Serious. Saya tak dapat merasakan yang saya sukakan seseorang. Saya seolah tidak ada perasaan terhadap seseorang walaupun saya selalu memikirkan seseorang itu. Contoh terbaik, lelaki yang saya tersuka sekarang ini (saya selalu fikir tentang dia so saya assume saya suka dia), si T. Saya tak ada perasaan terhadap si T tetapi saya selalu fikir tentang dia. Pelik,kan? Tetapi si T ini memang calon suami yang terbaiklah. Dia memang kegilaan ramailah. Dia memang kiranya perfect ! Untung perempuan yang dapat dia. Sekarang, saya tengah dalam proses untuk melupakan dia, maknanya saya tak nak fikirkan tentang si T ni lagi. Penat woo. Sakit hati dan mata pula bila tengok dia bergambar dengan perempuan lain berdua-duaan walaupun kami ini tidak ada apa-apa hubungan.


Lucu pula bila terkenangkan kembali pada saat menyukai seseorang terutamanya pada ketika masih belajar di sekolah rendah. Seandainya perasaan kita tidak dibalas, jangan bersedih sebab mungkin ada yang lebih baik daripada orang itu. Bak kata orang, setiap manusia yang hadir dalam hidup kita sebenarnya memberi kita pengajaran sama ada postif atau negatif. Menyukai seseorang sewaktu masih bersekolah pada pendapat saya adalah tidak salah di sisi undang-undang. Siapalah orang lain untuk mengawal perasaan kita, kan? Bercinta sambil belajar itu boleh tapi korang mesti belajar untuk seimbangkan kedua-duanya. Ingat, hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk mengawal takdir kita. Konklusinya, selagi seseorang itu manusia, orang lain tidak ada hak untuk menghalang perasaan suka atau sayang terhadap orang lain...

Sekian..


0 kitkat (s)
Yesterday |
Template by Puffnuts. Background and Icons by Dollie and Edited by Florence.